Search This Blog

Thursday, February 25, 2010

LIABILITI (TANGGUNGAN) DAN ASET - MASALAH HARIAN KITA

MEMBINA LIABILITI (TANGGUNGAN)
 
Ramai orang merasakan mereka arif menguruskan wang mereka tetapi masih terkial kial dengan dengan kewangan mereka.  Ramai diantara kita yang mempunyai lebih hari hari berbanding wang setiap bulan.  Ramai diantara kita merasa sesak dari 20hb sehinggalah hari menerima gaji.

Di universiti kita tidak belajar tentang kewangan yang sebenar benarnya.  Ianya hanyalah satu pendekatan bagaimana kita boleh mengimbangi lejer kita supaya kita dapat menunjukkan untung rugi dalam perniagaan kita.  Susan Lecter, Perancang Kewangan Bertauliah dan juga Penulis Bersama Rich Dad Poor Dad bersama Robert T. Kiyosaki juga bersetuju apa yang dipelajarinya di fakulti perniagaan tidak menjadikannya Celik Kewangan (Financially Literate).

Robert Kiyosaki menyatakan tentang idea beliau berkenaan dengan Celik Kewangan di dalam bukunya, Rich Dad Poor Dad.  Saya mencadangkan supaya anda mendapatkan satu untuk anda.

Untuk memahami kekuatan kewangan kita, saya menggunakan sistem oleh Robert Kiyosaki yang dikenali sebagai Penyata Kewangan (Financial Statement).  Ia mengandungi beberapa sel seperti Penyata Pendapatan (Income Statement), Penyata Perbelanjaan (Expenses Statement), Penyata Tanggungan (Liability Statement) dan juga Penyata Aset (Assets Statement).

Untuk memahami bagaimana Penyata Kewangan ini berfungsi, mari kita mulakan dengan satu kes pembelajaran.

Anda baru sahaja menamatkan pengajian anda dari kolej ataupun universiti dan anda bertuah anda mendapat pekerjaan.

Oleh itu, untuk beberapa bulan yang pertama itu, Penyata Kewangan 1 sesuai dengan anda.  Bila anda mendapat gaji, anda membayar sewaan rumah, membeli baju baru, membeli keperluan dapur dan sebagainya.  Apa yang anda dapat anda akan gunakan sepenuhnya.  Anda mempunyai wang yang cukup setiap bulan dan mempunyai sedikit simpanan.  Bagus.
 
Beberapa bulan berikutnya bila anda mempunyai wang yang cukup untuk pendahuluan kereta baru dan anda membelinya dengan selebihnya dengan pinjaman bank.  Untuk kereta idaman anda itu, anda tersenyum puas.  Bila ini berlaku, anda mula mendapatkan kad kredit kerana akaun anda hanya cukup untuk membeli keperluan dapur, membayar sewaan rumah dan juga minyak kereta anda.  Bagaimana pula dengan selenggara kereta, aksesori kereta dan sebagainya.  Oleh itu anda tunduk kepada penilaian anda sendiri untuk memiliki kad kredit.  Semuanya keperluan. 

Anda memberitahu diri anda sendiri bahawa itu adalah pelaburan anda tetapi sebenarnya anda baru sahaja mengikat hutang dengan bank.  Sebenarnya bank yang memiliki kereta anda selagi anda berhutang.  OK cuba periksa geran kereta anda, dimana geran anda dan apa status geran anda?  Jelaskan .......... bank yang memiliki kereta anda, sehinggalah anda selesai melangsaikan segala hutang.

Oleh itu Penyata Kewangan 2 sekarang sesuai untuk anda.  Dan saya percaya ramai diantara anda yang akan mempunya lebih hari dari wang dan anda akan mula menggunakan kad kredit yang mengenakan interes berganda sebanyak 18% setahun.   Dan Sel Liabiliti anda menjadi besar dari mula mula tadi.

Kemudian anda telah menemui teman sejiwa anda yang anda ingin jadikan pasangan hidup anda.  Anda berkahwin dan anda bahagia kerana anda mempunyai pendapatan bersama yang banyak.  Anda berdua mengimpikan untuk mendapatkan rumah yang besar dengan empat bilik.  Anda membeli rumah sebagai ikatan kasih sayang dan menyatakan sekali lagi ini adalah pelaburan anda.  Benar properti akan meningkat tetapi tidak semua dan selalu.  Ianya hanya memberi anda untung jika anda menjualnya.  Jika anda masih mendudukinya, ianya hanya untung atas kertas.  Oleh itu Penyata Kewangan 3 sesuai untuk anda.

 

Dan anda berhutang sekali lagi dengan bank dan Sel Tanggungan anda akan bertambah besar.  Sel Aset yang anda sangkakan akan membesar tetap kecil kerana anda tidak menjualnya.  Dan sekali lagi,rumah itu bukanlah rumah anda, ia masih milik bank sehingga anda selesai melangsaikan hutang rumah itu.

Beginilah caranya kita membina tanggungan.  Cuba bayangkan jika kita diberhentikan kerja dan ansuran rumah anda terganggu, maka ini sebenarnya adalah tanggungan anda yang terancam.

Banyak yang telah dibicarakan berkenaan membina liabiliti atau tanggungan.  Dalam bahasa yang mudah, apa apa yang terkeluar dari poket kita sebenarnya adalah liabiliti.  Untuk membina kekayaan atau kewangan yang baik, perbelanjaan kita mestilah kurang dari jumlah pendapatan kita atau pun kita perlu membina pendapatan ke Sel Pendapatan.

MEMBINA ASET

Ada banyak cara orang ramai boleh membina pendapatan.  Anda boleh membuat jual beli rumah bila ada permintaan ke atasnya.  Kebiasaannya kita menempah rumah semasa majlis pelancarannya dan apabila kita menjual ketika rumah sudah siap, kebiasaannya harga akan naik.  Ataupun ada yang membelii rumah dan kemudiannya menyewakan rumah tersebut dengan sewaan lebih tinggi dari ansuran bulanan ke bank.  Jika kita tidak dapat berbuat demikian, ia bukan pelaburan yang bijak.

Dan kebiasaannya, pelaburan jenis ini memerlukan wang yang sangat banyak.  Ini adalah antara sebab kenapa antara kita tak dapat membuat pelaburan seperti ini.  Oleh sebab itu ramai diantara kita mula melabur dengan unit unit amanah dengan pelaburan kapital yang rendah tetapi mempunyai faktor gandaan yang baik dari pengagihan keuntungan pada hujung tahun.  Ini sangat baik bagi pelabur pelabur unit unit amanah.

Sebagai permulaan, sebenarnya ini boleh berlaku bagi kebanyakkan orang di Malaysia.  Penyata Kewangan 4 menggambarkan keadaan ini untuk orang ramai yang membuat pelaburan ke unit unit amanah.

Apabila portfolio memberikan pengagihan yang baik, anda membenarkan duit tadi dilaburkan semula ke portfolio tadi.  Selepas beberapa tahun, anda akan perhatikan duit anda telah berganda dari permulaan pelaburan anda.  Ini adalah disebabkan oleh faktor kadar berganda (compounding factor).
 
Sekarang anda mula membahagi bahagikan portfolio anda.  Anda mula melabur ke atas emas kerana umum mengatahui pasaran emas lebih stabil pada pasaran umum.  Keuntungan dari portfolio portfolia ini akan dilaburkan semula dan mungkin cukup untuk anda memulakan pelaburan properti seperti rumah, lot lot kedai mahupun kilang.  Penyata Kewangan 5 menerangkan sikap pelabur seperti ini.  Mereka bersabar di dalam membuat pelaburan dan mungkin dalam masa sepuluh ke lima belas tahun mereka bergelar jutawan baru.

Dengan membina Sel Aset, kita sebenarnya membenarkan duit itu untuk menjadi lebih banyak dan keuntungan yang kita perolehi boleh digunakan untuk membeli apa yang dikehendaki atau membawa kita kemana yang kita inginkan.

Proses ini dinamakan DUIT BUAT DUIT (MONEY MAKES MONEY) dan pelabur tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang kerana wang tadi telah mendapatkan wang untuk tuannya.
Dengan mempelbagaikan pelaburan kita, kita sebenarnya mengurangkan risiko pelaburan lalu menjamin pulangan yang selamat untuk kita. 

(SUMBER DARI:  http://www.myproinvest.com - MELABUR DENGAN UNIT AMANAH SAHAM )


Want more info on unit trust and how it can help you? Call me at 012-3215787 (Fawwaz @ Ruhi) or mail me at fawaz904@yahoo.co.uk or fawaz904@gmail.com

No comments:

Post a Comment