Search This Blog

Wednesday, February 17, 2010

APA ITU UNIT AMANAH?

Apa itu Unit Amanah (Unit Trust)?
Unit Amanah (Unit Trust) boleh didefinasikan sebagai
 "satu bentuk pelaburan berkelompok yang mana pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama melabur dalam sesuatu dana yang dibentuk yang mana kemudiannya dana terbabit akan dilaburkan dalam pasaran saham atau asset laindan diuruskan oleh pelabur2 professional/ pengurus dana".

Dalam erti kata lain, pelabur2 unit amanah tidak akan membeli saham dalam sesuatu portfolio secara terus. Pemilikan bagi portfolio pelaburan akan dibahagikan kepada unit pemilikan dan setiap pelabur akan dikenali sebagai pemegang unit (unit holder). Setiap unit dalam SUA mewakili bahagian "saham" dalam pelaburan berkelompok ini. Pergerakan turun naik harga dalam pelaburan bagi portfolio SUA ini akan turut mempengaruhi harga unit yang kita pegang.

Pemegang unit bukanlah pemegang saham bagi sesuatu syarikat tetapi lebih merupakan orang yang mendapat faedah (beneficiaries) dari unit amanah yang dibentuk oleh syarikat pengurusan Unit Amanah e.g Public Mutual dll. Di bawah undang2 dasar SUA, wajib ada pemegang amanah yang mengawal selia SUA untuk menjaga kepentingan setiap pelabur. Pemegang Amanah adalah "legal Owner" bagi semua asset bagi SUA bagi pihak pemegang unit dan mesti bertindak bagi pemegang unit keatas SUA yang diselia. Pemegang Unit pula adalah pihak yang berkepentingan dalam setiap aset SUA tapi tidak mempunyai hak untuk mengarah atau mengatur bagaimana syarikat pengurusan unit amanah (UTMC) melaburkan portfolio pelaburan.

Sebagai bukti pemilikan kepentingan dalam sesuatu SUA, pemegang unit biasanya akan menerima pengesahan pemilikan sama ada bentuk penyata atau sijil unit. Jumlah unit yang dipegang oleh pelabur adalah bergantung kepada harga jualan pada waktu pelaburan dibuat dan jumlah wang yang disumbangkan oleh pelabur. Pelabur dalm SUA akan memohon untuk pemilikan unit selepas membaca dan memahami prospectus yang menerangkan segala2 yang perlu pelabur tahu tentang SUA yang ditawarkan sebelum melabur dalam SUA terbabit dan melengkapkan borang 2 yang perlu.

Pulangan pelaburan bagi SUA selalunya adalah kombinasi / gabungan dari pendapatan tetap (dipanggil distribution) dan "capital appreciation" yang wujud dari gabungan pelaburan dalam sesuatu SUA. Setiap unit akan mewakili kelayakan yang bersamaan dgn jumlah pendapatan (ditentukan oleh tahap distribution yang diumumkan oleh UTMC) dan peningkatan harga (capital appreciation) atau depreciation yang biasanya mempengaruhi harga unit bagi SUA terbabit.

Pelabur dengan SUA secara tipikalnya adalah mereka yang melabur dalam jumlah yang kecil yang tidak mempunyai masa atau kecenderungan untuk memegang sesuatu portfolio bagi pelaburan terus dalam pasaran saham atau aset. Mereka lebih gemar melabur dalam suatu sistem lebih teratur. SUA membolehkan pelabur2 kecil ini mendapatkan akses bagi jurang pelaburan yang besar yang mana mereka biasanya tidak mempunyai akses kepadanya.

Bagi pelabur yang mahukan pulangan yang baik bagi simpanan mereka, SUA menyediakan pendedahan kepada pelaburan yang mana dalam jangka masa yang panjang boleh memberikan pulangan yang lebih berbanding akaun simpanan tradisional dan akaun fixed deposit.

Kos bagi pulangan yang tinggi ini sudah tentulah risiko yang mengiringi pelaburan terbabit. Walau bagaimanapun bagi pelaburan jangka masa sederhana dan panjang, SUA mampu memberikan pulangan yang baik pada kadar risiko yang berpadanan.




Want more info on unit trust and how it can help you? Call me at 012-3215787 (Fawwaz @ Ruhi) or mail me at fawaz904@yahoo.co.uk or fawaz904@gmail.com

No comments:

Post a Comment