Search This Blog

Friday, May 21, 2010

ILMU UNIT TRUST - KORANG TAK NAK BACA DAN FAHAMKAN, KORANGLAH YANG RUGI....HEHEHE

Bagaimana mengaut keuntungan dengan Unit Trust?

Saya akan terangkan secara ringkas bagaimana pelabur mendapat keuntungan dari pelaburan di unit trust dan beberapa stategi penting yang mesti dipakai supaya pelabur tidak mengalami kerugian dalam pelaburan.

Dalam unit trust, kebanyakan keuntungan tidak hanya bergantung kepada dividen atau bonus seperti ASB atau EPF setiap tahun, UT lebih terbuka kepada pasaran modal semasa kerana pengurus dana UT boleh melabur sehingga 95% kedalam ekuiti samada KLCI ataupun MESDAQ jika pasaran saham mempunyai potensi untuk mendapat untung yang tinggi.

Berbeza dengan ASB atau pun EPF, pengurus dana tidak boleh melabur kedalam ekuiti dengan peratusan yang besar, biasanya adalah dalam linkungan 20-30% sahaja.

Oleh kerana UT lebih terbuka kepada pasaran ekonomi semasa, UT akan mengalami kenaikan atau penurunan selaras dengan pergerakan ekonomi (fluctuate). Kenaikan nilai unit akan memberikan keuntungan kepada pelabur.

Saya ambil contoh: jika pelabur membeli dengan harga RM1.00 untuk satu unit, apabila harga unit naik kepada RM1.10, pelabur sudah mendapat keuntungan sebanyak 10% tanpa perlu menunggu dividen ataupun bonus yang akan diumumkan oleh pengurus dana.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgP7_CU4nupyQiLU9ceZL7tmUyhTzUX6NApknHfqUB08QUFSSR1LZzr9PGktSD6L3QZtMLmOqOZkaTace_vVQS8H8kWOxcenY-EZzQOV15IRncTTjYs4mEQW47nHm0TDWARpOhh-vlIiNm3/s320/1.png
Gambarajah 1
Contohnya pelabur A melabur RM10,000.00 kedalam dana PISSF pada 1hb Januari dengan harga RM1.00 untuk satu unit, maka pelabur A akan mendapat 10,000 unit bagi Dana PISSF.

Pada bulan April, harga unit telah naik sebanyak RM1.10, maka pelabur telah menjual semua unitnya yang berjumlah 10,000 unit dengan harga RM1.10, maka pelabur A telah mendapat jumlah semuanya RM11,000.00 iaitu pertambahan RM1000.00 dari modal asal.

Peratusan keuntungan pelabur A adalah sebanyak 10% dalam tempoh masa 4 bulan. 10% keuntungan pelabur A adalah dari kenaikan harga unit sahaja tanpa ada dividen atau bonus.

Bagaimana ingin membuat keuntungan semasa harga jatuh? (Dollar Cost Down)

Sebenarnya didalam pelaburan UT, sejak 1972, harga unit sentiasa naik dan turun, pergerakan UT adalah dalam bentuk circle. Jika semasa pasaran sedang naik, pelabur akan berterusan mendapat keuntungan seperti gambarajah diatas, tetapi semasa harga jatuh, jika pelabur mengeluarkan pelaburannya pelabur akan rugi.

Saya ambil contoh, Pelabur B melabur sebanyak RM10,000.00 dalam dana P pada Januari dengan harga RM1.00 untuk satu unit, maka pelabur B memegang 10,000 unit. Pada bulan Februari, harga unit dana P jatuh kepada RM0.80, oleh kerana pelabur B tertekan atau panik, dia menjual semua pegangannya dengan harga RM0.80 seunit dan mendapat balik wang sebanyak RM8000.00. Maka pelabur B sudah mengalami kerugian sebanyak RM2000.00.

Jika pelabur B adalah pelabur yang bijak, pelabur B sepatutnya melakukan "Dollar Cost Down" strategy semasa harga jatuh. Cuba fikirkan konsep pelaburan "
beli masa harga rendah, jual masa harga mahal", pelabur B telah melakukan kesilapan dengan melanggar hukum pelaburan ini iaitu menjual semasa harga rendah dan mengalami kerugian.

Bagaimana melakukan "Dollar Cost Down"???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKAyKjnOpVnjsHdtaEqtgk0W8GTChpmdqr_Pb3u_WLbMdShEk88LEanC9RkprsZxg0OnyNaOJDKtQkZ9-VqXakyC3X8oacADvX1lBAyhDzUPqseFPRNE2z2aZ789jQPCv6bUQ1jK4XFw5F/s320/2.png
Gambarajah 2:
Jika pelabur B seorang pelabur yang bijak, semasa harga jatuh RM0.80 pada bulan April,jika pelabur B mempunyai wang yang lain, beliau sepatutnya menambah pelaburan semasa harga rendah. Cuba kita kira, jika pelabur B membeli 10,000 unit lagi dengan harga RM0.80 seunit, purata modal seunit akan dikurangkan.
Purata seunit = (1.00 + 0.80) / 2 = 0.90

Oleh kerana pelabur B telah mengurangkan kos unit pelaburannya, semasa harga naik kembali kepada RM1.00 pelabur B telah mebuat keuntungan sebanyak 10% daripada 20,000 unit (ingat, pelabur B telah menambah pelaburannya), maka pelabur B tidak perlu menunggu harga naik kepada RM1.10 untuk mendapat pulangan 10%.

Jika anda pelabur, adakah anda ingin 10% dari 10,000 unit atau 10% dari 20,000 unit? , so pelabur B telah menjimatkan masanya dan yang paling penting beliau menang dalam situasi tersebut
"win-win situation"

Adakah betul Harga UT akan sentiasa naik bila jatuh?

Sejak UT wujud di Malaysia tahun 1972, pergerakan harga unit trust sentiasa dalam bentuk "cycle", iaitu setiap kali ia naik, ia akan turun dan setiap kali dia turun dia akan naik, cuma tempoh kenaikan dan penurunannya tidak menentu, biasanya adalah dalam tempoh 2-3 tahun.
Gambarajah 3

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhm6u0C45n8xBHYrRi82LxR3aabaec9ek7ZTVk4Hu5ytIlGNJmRXJn7Nd8GN7VXC4abuMTBAThVd7QGhDi0qL55Qda6fkg71KiuBu7nkcJ80g3-rz3fJRKjXv5kB4p4_JbHdzkYvWvYn7KI/s320/fluctuate.png
Harga unit trust mengalami kenaikan dan penurunan selaras dengan pergerakan KLCI (penentu aras ekonomi negara), jika anda perhatikan, tempoh harga naik turun adalah sekitar 2-3 tahun.

Dalam pelaburan UT macam mana pun, sebagai pelabur anda perlu melakukan asset allocation yang sesuai dengan objektif pelaburan anda. Jika anda tidak pasti membuat keputusan, minta bantuan konsultan anda.

Strategi 10 tahun untuk untung di UT
  • Anggap pelaburan UT adalah pelaburan sederhana dan jangka panjang, iaitu untuk tempoh 3-5 tahun
  • Setkan terget anda, jika anda rasa 10% untung untuk tempoh setahun sudah memadai, maka anda seharusnya keluarkan pelaburan anda apabila sudah mencapai 10% dan jangan keluarkannya sebelum target anda tercapai
  • Jadi pelabur yang aktif, sentiasa membeli semasa harga murah dan menjual semasa harga mahal.
  • Monitoring system by consultant , pastikan konsultan anda sentiasa memantau pergerakan pelaburan anda. Oleh kerana, pelaburan memerlukan penelitian yang lama dan berterusan, adalah tidak bermanfaat jika anda melabur di UT tanpa bantuan konsultan anda kerana anda akan menjadi pelabur yang pasif dan tidak dapat membuat banyak keuntungan di UT. Lebih baik anda melabur di ASB.
  • Keluar bila sampai target, jangan tamak. Jika objektif anda iaitu 10% sudah dicapai, jangan teragak untuk keluarkan kerana jika tiba keesokan harinya harga jatuh, anda telah hilang peluang anda untuk mendapat untung
Salam kekayaan  kepada pelabur dan consultant semua.


Want more info on unit trust and how it can help you? Call me at 012-3215787 (Fawwaz @ Ruhi) or mail me at fawaz904@yahoo.co.uk or fawaz904@gmail.com

No comments:

Post a Comment