Search This Blog

Friday, February 12, 2010

SEJARAH SKIM UNIT AMANAH (Unit Trust Scheme) DI MALAYSIA

Mengikut sejarah, skim unit amanah (SUA) yang pertama di dunia, The Foreign and Colonial Government Trust, diasaskan di London pada tahun 1868 namun SUA pada waktu itu tidak sepopular SUA pada masa kini. Di Amerika Syarikat, satu skim pelaburan berkelompok (collective investment scheme) yang menyerupai SUA menjadi popular sekitar tahun 1950an - iaitu satu syarikat pelaburan "open-end" dikenali sebagai "mutual fund". Hanya pada tahun 60an dan 70an, SUA menjadi sebutan ramai termasuk di negara2 seperti United Kingdom dan Australia.

Di Malaysia, konsep SUA ini diperkenalkan secara relatifnya lebioh awal dari negara2 jiran Asianya bila pada tahun 1959 unit amanah diperkenalkan oleh sebuah syarikat yang dipanggil Malayan Unit Trust Berhad. Perkembangan Unit Amanah di Malaysia boleh dibahagikan kepada era-era seperti dibawah:

ERA PERMULAAN - 1959 hingga 1979
2 dekad pertama pengenalan unit trust di Malaysia boleh dikatakan perkembangannya agak perlahan dengan pekembangan jualan unit yang rendah dan kurangnya kesedaran tentang produk baru pelaburan. Industri ini juga dikawal oleh beberapa pihak termasuk Bank Negara Malaya, Pendaftar Syarikat dan Pemegang Amanah Awam. Kronologi Unit Amanah di Malaysia pada era ini seperti berikut:

  • 1959 - Malayan Unit Trust Berhad merupakan Syarikat Pengurusan Unit Amanah (UTMC) yang pertama ditubuhkan. SUA pertama diperkenalkan adalah First Malayan Fund yang mempunyai tempoh hayat yang terhad iaitu 10 tahun sahaja.
  • 1965 - Berikutan pemisahan Singapura dari Malaysia,  Malayan Unit Trust Berhad dipecahkan kepada 2 bahagian dimana entiti Malaysia diambil alih oleh Asia Unit Trust Berhad, anak syarikat Soutrh East Asia Development Corporation Berhad (SEACORP)
  • 1966 - Malaysian Investment Fund, SUA pertama milik Malaysia sepenuhnya dilancarkan oleh Asia Unit Trust Bhd pada 2 Disember 1966
  • 1967 - Amanah Saham Mara Bhd melancarkan First MARA Bumiputra Fund utk memenuhi keperluan pelabur Bumiputra pada 24 Jun 1967
  • 1974 - Amanah Saham Pahang Berhad, UTMC milik kerajaan negeri yang pertama ditubuhkan
  • 1975 - Kuala Lumpur Mutual Fund Berhad (sekarang dikenali sebagai Public Mutual  Berhad, syarikat UTMC swasta yang terbesar ketika ini) ditubuhkan
  • 1979 - Kerajaan membuat keputusan untuk menjadikan SUA sebagai alat untuk mencapai sasaran membahagikan kekayaan negara di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Melalui SUA, kerajaan berhasrat mencapai objektif DEB dengan meningkatkan pemilikan saham bumiputra dalam syarikat2 awam dan sdn bhd kepada minimum 30 % pemilikan ekuiti syarikat terbabit
ERA 1980 hingga 1990
Dalam tempoh ini satu jawatankuasa, Jawatankuasa Dana Unit Amanah diasaskan untuk mengawal selia industri unit amanah. Jawatankuasa ini dianggaotai perwakilan dari Bank Negara, Capital Issues Committee (CIC), Pemegang Amanah Awam Malaysia dan Pendaftar Syarikat. Lain2 peristiwa bagi tempoh ini:

  • 1981 - Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan unit amanah pertama khusus untuk bumiputra iaitu Amanah Saham Nasional yang dijual dengan harga RM 1. Harga ini tidak berubah hingga tahun 1990.
  • 1989 - Real Estate Investment Trust (REIT) pertama yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dilancarkan oleh AMProperty Trust Management Bhd.
  • 1990 - ASB dilancarkan oleh PNB
ERA 1991 hingga 1999
Era ini menyaksikan pertumbuhan pesat industri unit amanah dengan pengenalan syarikat2 unit amanah yang baru dan pertumbuhan dana unit yang diuruskan oleh syarikat terbabit.

Pengenalan Garis Panduan Dana Unit Amanah yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 meningkatkan kesedaran tentang pelaburan unit amanah dan menyumbang kepada pertumbuhan pesat menjelang Krisis Kewangan Asia 1997. Pasca krisis 1997, penambahan dana yang diuruskan masih berterusan.
Nilai keseluruhan dana yang diuruskan berkembang dari RM 15.72 billion pada akhir 1992 kepada RM 59.95 billion pada akhir 1996.
(Sumber: FIMM - Dealing in Unit Trust)
END OF PART 1

Want more info on unit trust and how it can help you? Call me at 012-3215787 (Fawwaz @ Ruhi) or mail me at fawaz904@yahoo.co.uk or fawaz904@gmail.com

No comments:

Post a Comment