Search This Blog

Wednesday, February 17, 2010

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MELABUR DALAM SKIM UNIT AMANAH (SUA)

Dalam post sebelum ini telah saya terangkan apa itu unit amanah. Di sini akan saya terangkan serba sedikit kelebihan dan kekurangan dalam melabur dengan Skim Unit Amanah (SUA).

Bagi pelabur yang kurang tahu atau tidak mahu membuat research atau analisa tentang pasaran saham secara sendirian, melabur dalam SUA adalah pilihan yang terbaik untuk melabur. Ini kerana dalam keadaan pasaran dewasa ini, pelabur yang melabur dalam pasaran saham secara terus perlu lebih peka dengan hubungan antara matlamat pelaburan atau kehendak peribadi kita dengan informasi dan sentiment pasaran. Dalam dunia pelaburan yang bergerak pantas ketika ini adalah agak sukar bagi kita, pelabur2 biasa untuk terus "keep up to date" dgn pasaran saham sekarang. Ia juga memerlukan masa yang agak banyak untuk itu.

Dengan keadaan itu, melabur dalam SUA membolehkan kita memindahkan semua bebanan berkaitan pelaburan yang kita buat kepada satu pihak yang mempunyai semua kemahiran itu - Pengurus Dana Professional.

Selain itu disenaraikan kelebihan2 lain melabur dalam unit amanah antaranya:

1) KEPELBAGAIAN (DIVERSIFICATION)
Dengan dana terkumpul yang besar bagi setiap SUA membolehkan pengurus dana melabur dalam ruang pelaburang yang besar. Berbanding dengan menghadkan portfolio pelaburan kepada satu atau dua jenis pelaburan, SUA membolehkan kita memegang portfolio pelaburan yang mengandungi pelbagai jenis pelaburan. Pelabur SUA dengan itu mendapat manafaat dari "portfolio effect". Dengan kata lain, bagi pelabur yang kurang mampu memiliki kepelbagaian pelaburan dalam pasaran saham secara terus kerana kurangnya dana atau simpanan, dengan melabur dalam dalam SUA boleh mengurangkan risiko pelaburan anda.

2) AKSES YANG TERSEDIA KEPADA DANA DAN KECAIRAN DANA (LIQUIDITY)
Kebanyakan pelabur memerlukan pelaburan yang mempunyai kecairan  (liquidity) i.e unit pelaburan boleh dijual dalam masa yang singkat jika keadaan mendesak. SUA ada kemudahan ini dimana unit boleh dibeli atau dijual kembali melalui UTMC, institusi unit amanan (IUTA) atau perunding unit amanah (UTC). Dengan tahap liquidity yang rendah, walaupun suatu pelaburan menjanjikan pulangan yang lumayan, tapi ia merupakan risiko tambahan kepada pelabur.


3) PENGURUSAN PROFESSIONAL
Pengurus dana bagii SUA yang membuat keputusan pelaburan bagi pemegang unit dalam SUA adalah mereka2 yang professional. Latar belakang dan latihan bagi mereka adalah bagi memastikan setiap proses pelaburan yang diguna pakai oleh SUA adalah teratur dan mengikut prinsip2 asas pelaburan. SUA akan menggunakan segala skill kemahiran dan pengetahuan mendalam mereka ini dalam membuat kepuusan pelaburan. Dalam jangka masa panjang, kemahiran dan pengalaman sebegini yang akan membolehkan mereka menjana pulangan pelaburan yang melebihi purata (above average) bagi pelabur2 SUA.

4) PENDEDAHAN PELABURAN (INVESTMENT EXPOSURE)
Sebagai pelabur2 kecil, agak sukar utk kita memperolehi pendedahan pelaburan kepada aset dalam kelas tertentu atau sebahagian sekuriti. Sebagai contoh, seorang pelabur  mengimpikan untuk membuat pelaburan dalam real estate, sekuriti antarabangsa dan bon korporat. Dengan modal pelaburan RM 1000 adalah mustahil untuk dia melabur secara terus dalam salah satu atau semua pelaburan impiannya. Tapi dengan SUA, adalah tidak mustahil dia melakukannya. Pelabur dengan itu boleh menyesuaikan pededahan pelaburannya mengikut objective pelaburannya.

Namun tidak dinafikan setiap pelaburan mempunyai sedikit kekurangan. Antara kekurangan melabur dalam SUA adalah:

1) RISIKO
Setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Dengan itu pelabur perlu tahu risiko pelaburan mereka sebelum melabur dalam SUA. Pastikan anda diberi penerangan yang secukupnya oleh perunding Unit Amanah (UTC) anda dengan berpandukan kepada prospektus SUA yang dibawa.

2) HILANG KAWALAN DALAM PELABURAN
Pelabur dalam SUA tidak boleh mengarahkan bagaimana simpanan mereka perlu dilaburkan. Namun begitu, UTMC adalah tertakluk kepada portfolio pelaburan yang tercatat dalam prospektus pelaburan mereka. Oleh itu adalah amat penting bagi anda meneliti prospektus pelaburan anda sebelum membuat pelaburan.

3) FEE dan CHARGES
Setiap pelaburan sudah tentunya akan dikenakan sedikit fee bagi servis yang diberi oleh UTMC. Namun ia boleh diukur dengan tahap professional expertise yang diberikan oleh UTMC kepada pelabur.


Want more info on unit trust and how it can help you? Call me at 012-3215787 (Fawwaz @ Ruhi) or mail me at fawaz904@yahoo.co.uk or fawaz904@gmail.com

No comments:

Post a Comment