Search This Blog

Monday, February 22, 2010

INFLASI - BAGAIMANA IA MEMPENGARUHI KITA

Cuba anda imbas kembali, 10 tahun yang lalu, anda singgah ke satu kedai untuk menikmati sepinggan nasi ayam. Hidangan nasi ayam ketika itu cuma berharga RM 2.50 sepinggan. Hari ini, anda singgah ke kedai yang sama dan menikmati hidangan yang sama namun anda terpaksa membayar RM 4.00 untuk satu hidangan. Untuk contoh ini, anda terpaksa membayar RM 1.50 lebih dari apa yang anda bayar 10 tahun lepas. Kenapa ini berlaku? Ya, tepat sekali. Ini kerana kenaikan harga barangan keperluan harian kita. Bagi sebahagian kita ia dipanggil inflasi. Apakah itu inflasi?

DEFINISI INFLASI
Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur2 dalam paras harga umum untuk produk2 dan perkhidmatan2 dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang anda miliki akan memberikan peratus yang lebih kecil bagi suatu produk atau perkhidmatan. Dengan kata lain, kuasa membeli anda menyusut / merosot. Sebagai contohnya, dari segi teori secawan teh tarik berharga RM1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5%.

"in inflation everything gets more valuable except money" - dalam hukum inflasi, segala2nya akan meningkat / lebih nilainya kecuali duit/wang... 

CONSUMERS PRICE INDEX (CPI) / INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP)
Apa itu IHP? Ia adalah satu alat @ tools bagi mengukur perubahan peratusan dalam kos bagi sekumpulan pengguna khusus (60 % bandar, 40 % luar bandar) untuk membeli satu "bakul" yang mengandungi barangan dan perkhidmatan dalam tempoh masa tertentu. Barangan2 tersebut dikategorikan sebagai:
  • makanan dan minuman non alkoholik
  • minuman beralkohol dan tembakau
  • pakaian dan kasut
  • perumahan, air, elektrik gas dan bahan api lain
  • perabot, peralatan dan penyenggaraan isi rumah
  • kesihatan
  • pengangkutan
  • komunikasi
  • perkhidmatan rekreasi dan budaya
  • pendidikan 
  • restoran dan hotel
  • pelbagai barangan dan perkhidmatan lain
Namun perlu diingat, IHP adalah purata statistik dan tidak menggambarkan kadar inflasi sebenar anda. Pada kebanyakan masa kadar inflasi pada peringkat pengguna bandar adalah 2 kali atau lebih tinggi dari kadar inflasi nasional. Contohnya, apabila diumumkan kadar inflasi negara pada tahap 2.5%, namun bagi penduduk bandar besar seperti di Kuala Lumpur atau Lembah Kelang umpamanya ia mungkin meningkat pada kadar 5 % atau lebih..

APAKAH SEBAB BERLAKUNYA INFLASI

Dua sebab umum berlakunya inflasi:

i.  Permintaan Tinggi, Bekalan Rendah
Jikalau permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan, harga barangan terpaksa naik.  Juga dikenali sebagai Inflasi Tarikan-Permintaan (Demand-Pull Inflation), ianya biasa berlaku di ekonomi bertumbuh dimana terdapat "terlalu banyak wang mengejar terlalu sedikit barangan".

ii. Peningkatan Dalam Kos Pengeluaran
Apabila harga bahan mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat (contoh kenaikan harga minyak).  Ini akan menyebabkan syarikat syarikat menaikkan harga untuk mengekalkan keuntungan.  Ini juga berlaku apabila pekerja pekerja meminta gaji yang lebih tinggi kerana syarikat syarikat biasanya memindahkan kos kepada pengguna.

Persoalan sekarang bukanlah inflasi akan terus menaik tetapi adakah inflasi itu menaik melebihi kenaikan gaji kita atau pelaburan kita ataupun tidak.

Didalam kes yang berlaku pada tahun 2007 hingga 2008 bilamana minyak telah naik mendadak, kenaikan inflasi itu lebih tinggi berbanding kenaikan gaji pekerja......... dan kita mengeluh kuas membeli kita semakin berkurangan.

Mari kita lihat apa akan berlaku dengan nilai duit kita pada masa akan datang. Kita kira nilai duit yang kita pegang dengan kadar inflasi 5%(0.05) selama 5 tahun dengan nilai RM 100,000.00
 
Formula Kadar Inflasi Berganda Digunakan
FV = Future Value (Nilai Hadapan)
PV = Present Value (Nilai Hari Ini)
i = Inflation (Inflasi)
n = Numbers of Year ((Jumlah Tahun)
FV = 100,000 (1-0.05)^5
= RM 77,378.10

Disini kita boleh kita lihat bahawa RM 100,000 dalam masa 5 tahun akan datang hanya sama nilainya dengan RM 77,378.10 sahaja. Ini bermakna wang kita akan susut nilai (jika boleh kita tafsirkan sebagai kerugian) sebanyak RM 22, 621.90 atau 22.62 %.
Sebelum itu mari kita fahami kesan kesan inflasi.  Inflasi boleh dianggap sebagai perkembangan ekonomi yang biasa selagi peratusan tahunan masih rendah.  Namun begitu, inflasi boleh menyebabkab krisis apabila peratusan itu meningkat lebih tinggi daripada peringkat yang ditetapkan.  Cara yang paling nyata ia menjejaskan kewangan peribadi anda adalah dengan mengurangkan kuasa membeli anda.

Anda akan mendapati harga produk dan perkhidmatan setiap hari meningkat dan kos pinjaman menjadi lebih tinggi kerana kadar faedah yang turut naik.
Contoh: 
  • Pada tahun 1978, dengan RM 300 anda boleh membeli barangan runcit sebulan untuk keluarga berempat orang. 
  • Pada tahun 2008, dengan RM 300 anda boleh membeli barangan runcit untuk seminggu untuk keluarga berempat orang. 
  • Pada tahun 2028, dengan RM 300 anda mungkin hanya boleh membeli barangan runcit untuk 2~3 hari untuk keluarga berempat orang.
Dengan memahami perbezaan di antara pulangan nominal dan pulanagan benar, anda akan dapat melihat kesan inflasi pada wang anda.  Pulangan nominal merujuk kepada kadar pertumbuhan wang anda manakal pulangan benar ialah pertumbuhan kuasa beli anda, iaitu pulangan nominal menolak kadar inflasi.  Oleh yang demikian, wang yang disimpan didalam simpanan tetap (sebagai contoh) akan mengurang nilainya sebab kesan pengkakisan inflasi.

Contoh 
  •  Kadar SimpananTetap 12 Bulan  =  4%
  • Kadar Inflasi (peringkat peribadi) = 6%
  • Pulangan Benar dari Pelaburan = 4% - 6% = -2%
Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesan kesan inflasi:

i.  Mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan pelaburan anda.
Untuk melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi bagi jangkamasa panjang, pilihan terbaik adalah dengan mendapat pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi.  Dana dana ekuiti dan dividen yang memberikan pengagihan yang tinggi seharusnya menjadi pertimbangan yang tinggi bagi mengurangkan kesan kesan inflasi.

ii. Mengekalkan kepelbagaian dalam pelaburan pelaburan anda
Sebuah portfolio seimbang yang mengandungi saham saham, bon bon dan sekuriti sekuriti pasaran wang dapat mengurangkan risiko dan memberikan perlindungan dari inflasi.  Ini disebabkan nilai sejenis pelaburan mungkin akan menaik sementara pelaburan yang lain akan menurun.  Namun begitu, kepelbagain tidak dapat melindungi anda dari kerugian dalam pasaran menurun.

iii. Mengurangkan pemegangan wang tunai yang banyak
Walaupun anda mendapat kecairan dengan memegang wang di tangan atau menyimpannya di dalam simpanan tetap, wang tersebut mungkin akan mengalami pengurangan nilainya melalui inflasi.  Sebaliknya pelabur pelabur berisiko rendah boleh membuat pertimbangan untuk memindahkan wang mereka kesebuah portfolio seimbang (terdiri daripada 60% ekuiti dan 40% bon) untuk mendapat pulangan diselaraskan inflasi yang baik bagi tempoh sederhana panjang.

iv. Melabur di dalam sektor sektor yang berdaya tahan
Semasa keadaan pasaran yang tidak menentu, pelabur pelabur boleh melabur dalam sektor sektor yang derdaya tahan dan saham saham mewah sebagai perlindungan terhadap inflasi.  Sektor sekto ini termasuk telekomunikasi, utiliti dan pengankutan.  Emas juga diibaratkan sebagai tempat perlindungan selamat dalam ketidakstabilan kewangan atau semasa inflasi menaik.

v.  Menguruskan hutang anda
Mengurangkan hutang anda ketahap minimum amat bermakna kerana kadar faedah menaik seiring dengan inflasi.  Anda sepatutnya membayar habis pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tinggi dengan secepat mungkin, terutamanya apabila kadar faedahnya meningkat.

Jika tadi kita dapat mengatahui bagaimana duit kita terkakis akibat kesan inflasi, mari pula kita lihat bagaimana nilai wang kita akan meningkat jika pelaburan kita mendapat keuntungan bersih 5% setahun.  Keuntungan bersih ini setelah ditolak inflasi.  Sekarang kita lihat dengan Formula Kadar Pulangan Berganda.  Bezanya dengan formula ini adalah ia menaik maka (i) itu perlu ditambah.

Formula Kadar Berganda digunakan
FV = Future Value (Nilai Hadapan)
PV = Present Value (Nilai Hari Ini)
i = Interest paid upon (Interes keuntungan)
n = Numbers of Year ((Jumlah Tahun)

Jika wang yang dilaburkan itu adalah RMK 100,000 dan untung bersih (i) adalah 5% maka untuk jangka masa 5 tahun
FV = RM100,000(1+0.05)^5
FV = RM 127,630
Oleh itu anda mendapat untung sebanyak RM 27,630 dalam tempoh lima tahun



Want more info on unit trust and how it can help you? Call me at 012-3215787 (Fawwaz @ Ruhi) or mail me at fawaz904@yahoo.co.uk or fawaz904@gmail.com

No comments:

Post a Comment